Gadis 6 Tahun Ini Lincah Menari Zumba Walaupun Menderita Penyakit Ganjil Anemia



Audrey Nethery, 6 tahun dilihat sama seperti kebanyakkan  kanak-kanak yang sebaya  usia dengannya. Kelakuannya yang lincah, wajahnya yang cantik serta bersifat periang ini menarik perhatian orang untuk mengenalinya. Tetapi, Audrey kurang bernasib baik kerana dia menghidap penyakit aneh sejak lahir iaitu Diamond-Blackfan, ianya merupakan  sindrom yang membuat tulang di dalam tubuhnya tidak boleh menghasilkan sel darah merah.
Meskipun begitu, sebuah video yang viral ini menunjukkan bagaimana Audrey tidak terkesan langsung dengan penyakitnya dan tidak mematahkan semangat. Dia mampu melakukan senaman Zumba yang perlu mempunyai gerakan yang pantas, lincah dan bersemangat.
Audrey dijemput oleh penggiat senam Zumba untuk menjadi tetamu terhormat dalam Persidangan Seni  Zumba di Orlando. Audrey menari dengan begitu lincah sekali bersama penari Zumba professional dan  orang ramai yang berada di situ terhibur dengan gelagat si kecil ini.
Audrey boleh memilih untuk menyerah kalah dengan penyakitnya dan hanya berehat di rumah sepanjang masa tetapi video ini menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan memilih untuk berjuang melawan penyakitnya serta menjadi inspirasi buat kita semua agar tidak menyerah kalah dan tidak patah semangat dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Dalam waktu kurang dari  seminggu, video yang merakam kelincahannya ketika menari Zumba sudah ditonton lebih dari 2 juta orang.
Audrey nampak seperti gadis lain yang seusia dengannya malah lebih energetik kan? Langsung tidak nampak si kecil ini menderita penyakit yang serius. Audrey, tetap gembira dan selalu kelihatan ceria! Semoga cepat sembuh ya si comel!


0 Response to "Gadis 6 Tahun Ini Lincah Menari Zumba Walaupun Menderita Penyakit Ganjil Anemia"

Catat Ulasan