Isteri Diceraikan Kerana Terlambat Menyiapkan Makan Malam Untuk Suaminya

Pernikahan  adalah  perjanjian di antara dua belah  pasangan untuk kekal hidup bersama  dalam waktu suka mahupun duka, dan waktu senang mahupun miskin.  Namun sekuat manapun sebuah perkahwinan itu dipertahankan, ianya tetap juga menjanjikan perpisahan. Banyak sekali faktor yang menyebabkan perceraian, salah satunya adalah kejadian yang sangat pelik ini.
Dari sumber metro.co.uk, seorang lelaki dari negara Nigeria menceraikan isterinya kerana hal yang sangat remeh dan tidak anda sangka.  Lelaki ini menceraikan isterinya kerana si isteri dituduh tidak  memenuhi kewajipannya sebagai  seorang isteri dan selalu lambat menyiapkan makanan untuk suaminya.
Seperti yang dilaporkan di akhbar Vanguard, Olufade Adekoya yang kini berusia 57 tahun mengatakan kepada pihak mahkamah, “Isteri saya telah gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia tidak menyiapkan makanan untuk saya mengikut waktu yang ditetapkan dan sudah banyak kali saya memberi nasihat, tetapi dia tidak mengambil endah perkara ini. Jika saya lapar, saya akan makan diluar. Tidak ada gunanya saya berkahwin dengan dia jika dia tidak melakukan kewajipannya sebagai seorang isteri. Saya benar-benar muak dan ingin menceraikannya.”
Si isteri yang bernama Olusola membantah semua itu dan mengatakan bahawa itu hanya alasan dan muslihat yang dibuat oleh suaminya untuk berkahwin dengan wanita lain. Meskipun alasan yang diberikan tidak cukup kuat, pihak mahkamah memutuskan untuk membenarkan permohonan penceraian mereka.
Olu Adebiyi selaku hakim yang mengadili kes ini berkata, “Pihak pengadilan telah mencuba banyak kali untuk mendamaikan perselisihan faham di antara mereka, namun semuanya terbukti gagal.”
Semoga Olusola akan bertemu dengan lelaki  yang lebih  baik berbanding dengan bekas suaminya itu.
Sumber dari metro.co.uk

0 Response to "Isteri Diceraikan Kerana Terlambat Menyiapkan Makan Malam Untuk Suaminya"

Catat Ulasan