Kisah Huru Diselamatkan Dari Jadi Makanan Dalam Festival Daging Kucing


Seekor kucing diberi nama Huru bernasib baik selepas diselamatkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Amerika Syarikat di mana pertubuhan itu berjaya menyelamatkan Huru dari menjadi mangsa Festival Daging Kucing Dan Anjing di Yulin, China.

Usaha menyelamar kucing berkenaan bermula selepas gamabarnya memanjat pagar telah dipaparkan di dalam media sosial sempena festival berkenaan.


Huru kelihatan memanjat pagar untuk melarikan diri apabila seorang penyembelih anjing dan kucing sedang memilih binatang itu untuk disembelih.

Kerana tersiarnya gambar tersebut usaha untuk menyelamatkan Huru oleh NGO terlibat telah dijalankan  dan akhirnya mereka berjaya membawa beberapa ekor kucing dan anjing.

Selepas menyelamatkan Huru dia dan yang lain telah dicuci dan ditempatkan dibawah jagaan NGO tersebut.



Gambar Huru dalam keadaan bersih dan dimuatkan ke media sosial  menarik perhatian peminat kucing daripada seluruh dunia. 


Sumber: Siakapkeli.my

0 Response to "Kisah Huru Diselamatkan Dari Jadi Makanan Dalam Festival Daging Kucing"

Catat Ulasan