Walaupun Kehilangan Sebelah Kaki, Lelaki Ini Berjaya Bawa Masuk Servis Limousin Ke Kuala Lumpur

Sumber dari Focus Malaysia
Adik beradik kembar Kelvin dan Melvin Tong merupakan pengasas kepada syarikat Extreme Limousines and Tours Sdn Bhd yang menawarkan servis untuk menyewa kereta mewah kepada pelanggan yang berkemampuan dan memiliki citarasa tinggi. Kalau dah namanya lelaki, pasti hobi dan minat mereka lebih cenderung kepada bidang permotoran atau automotif.
Kereta mewah limosin Chrysler menjadi taruhan buat dua beradik ini. Limosin ini boleh memuatkan seramai 10 orang penumpang dengan panjang yang sama seperti bas. Di awal penglibatan mereka di dalam perniagaan ini, ramai orang menganggap mereka gila kerana mereka percaya tiada siapa yang akan menggunakan servis mereka kerana beranggapan kereta seperti itu tidak boleh digunakan di Malaysia.
Tetapi ternyata tanggapan orang ramai salah apabila adik beradik kembar ini berjaya membuktikan idea mereka tidak sia-sia apabila ianya dapat menarik perhatian pelanggan yang berkemampuan. Bagi adik-beradik kembar ini, kereta mewah limosin bukanlah menjadi keperluan oleh orang ramai tetapi mereka tetap akan membayar harga yang tinggi untuk menyewa limosin untuk digunakan ketika majlis atau acara khusus.
Selain itu, adik-beradik ini juga memiliki cabang perniagaan lain apabila mereka terlibat dalam pembuatan limosin khas bersama rakan niaga mereka di Amerika Syarikat. Walaupun kini mereka telah berjaya di dalam perniagaan yang mereka ceburi, tetapi ada masanya mereka hampir tersungkur kerana liku-liku dan cabaran kehidupan. Ketika berusia 17 tahun, Melvin didapati menghidap penyakit tumor malignan atau dikenali sebagai fibrosarcoma.
Ia merupakan kanser tisu lembut yang memerlukan kakinya dipotong. Ketika adik-beradik ini menuntut di kolej swasta, Kelvin akan menolong kembarnya dengan menolak kerusi roda dan dugaan ini mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.
Adik beradik ini juga pernah terlibat dalam penjualan kereta import/terpakai Honda tetapi ianya tidak bertahan akibat permintaan menurun kerana struktur cukai baru yang lebih memihak kepada kereta hybrid yang lebih mampu dimiliki. Kejayaan syarikat mereka  tidak berhenti di situ sahaja dan terbaru syarikat Extreme Limousines mengorak langkah apabila berjaya menjalinkan usahasama dengan syarikat Uber dalam segmen kereta mewah sedan.
“Kereta pertama kami dengan Uber adalah Audi A6, dan ia saling membantu jenama kedua-dua pihak.”

Sumber dari The Star


Imej dari The Ant Daily
Sumber dari Semut Harian dan Focus Malaysia

0 Response to "Walaupun Kehilangan Sebelah Kaki, Lelaki Ini Berjaya Bawa Masuk Servis Limousin Ke Kuala Lumpur"

Catat Ulasan