Whatsapp For Android versi 2.12.194 kini hadir dengan kemaskini terbaru di mana anda boleh menandakan perbualan atau chat yang anda terima sebagai “mark as unread” atau tidak dibaca lagi. Caranya mudah sahaja anda perlu ke ruangan chat dan tap di mana-mana perbualan sama ada mesej individu atau kumpulan. Kemudian ianya memaparkan beberapa pilihan termasuk “mark as unread”. Ini membolehkan anda kembali semula ke perbualan seseorang itu setelah anda mempunyai masa untuk menyemak semula perbualan.
Kemaskini yang terbaru ini juga membawakan fungsi “Custom Notification” di mana anda boleh menetapkan apa sahaja notifikasi yang berbeza untuk setiap kenalan anda ataupun “group” Whatsapp termasuk ringtone, pilihan warna LED dan juga bagaimana pop-up chat daripada pengguna tersebut diperlihatkan.
Untuk anda yang gemar membuat panggilan menggunakan aplikasi Whatsapp ini, ianya juga turut hadir dengan kebolehan untuk menetapkan penggunaan data yang rendah bagi membuat panggilan suara dan tidak sedikitpun menjejaskan kualiti panggilan.
Kemaskini ini masih perlu dipasang secara manual buat masa ini (dengan menggunakan APK). Ia mungkin hadir ke Play Store tidak lama lagi.
Sumber dari amanz dan the next web
0 Response to "Whatsapp For Android Perkenal Fungsi Terbaru Untuk Elak Anda Terlepas Dari Sebarang Perbualan"
Catat Ulasan