Memiliki berat badan ideal dan ramping adalah impian bagi setiap wanita. Lebih-lebih lagi selepas melahirkan aanak, kebiasannya wanita mengalami kenaikan berat badan yang mendadak. Ini adalah pengalaman yang dialami Nichola Porter (30), seorang ibu muda hampir tidak dikenali oleh rakan-rakan sekerjanya kerana perubahan bentuk fizikal yang sangat menjolok mata. Dia sengaja mengambil cuti hamil selama setahun dan menggunakan peluang itu untuk menurunkan berat badan.
Nichola sebenarnya sudah pernah mencuba untuk diet beberapa kali sebelum ini, namun dia tidak berjaya mendapatkan berat badan yang diidamkan olehnya .Ketika melahirkan anak yang pertama, berat badannya mencapai lebih 133 kg.
Kemudian, Nichola komited dan bertekad untuk menurunkan berat badannya sebelum dia kembali bekerja. Kini, dia berjaya memiliki berat badan sekitar 76 kg. “Saya berusaha untuk menurunkan berat badan berkali-kali, ketika sebelum berkahwin lagi tapi saya tidak beruntung,” ujarnya.
“Dalam beberapa bulan, saya kehilangan empat kilogram dengan mengubah cara diet saya dan saya juga turut melakukan aktiviti senaman,” tambah ibu muda yang berasal dari Manchester itu.
Setelah lama berehat, Nichola memutuskan untuk kembali bekerja. Namun rakan sekerjanya hampir tidak mengenali dirinya dan menganggap Nichola adalah pekerja baru. “Padahal, saya sudah bekerja di sana selama 6 tahun!” kata dia. Nichola mengaku gembira apabila berat badannya hanya pada 76 kg sahaja. Malahan, ukuran kakinya pun telah banyak susut dan tidak kelihatan gemuk lagi. ” Suami saya cakap dia seperti memiliki isteri baru,” ringkasnya.
Sumber dari Huffington Post
0 Response to "Tips diet - Ibu Ini Manfaatkan Cuti Hamil Untuk Menurunkan Berat Badan Dan Hasilnya Sangat Mengagumkan"
Catat Ulasan