Masyarakat Beijing, Tiongkok kini dilanda demam trend terbaru yang menjadi ikutan hampir seluruh lapisan masyarakat daripada yang muda sehingga dewasa.
Trend yang tengah melanda kota Beijing ketika ini adalah penggunaan klip rambut yang memiliki bentuk seperti sebatang tunas/benih tanaman atau bunga. Kalau dilihat dari jauh, orang ramai yang mengikuti trend ini kelihatan seperti menanam sesuatu di atas kepala mereka.
Klip rambut ini terdalam dalam pelbagai jenis dan bentuk bermula dari benih tanaman sehingga bunga matahari. Dari gambar-gambar yang dimuatnaik di laman web Shanghaiist.com, kelihatan ramai penduduk kota Beijing memakai klip rambut bunga palsu tersebut.
Tidak diketahui bagaimana trend ini bermula tetapi pihak media di sana mengatakan trend ini tercetus dari karakter dalam sebuah rancangan TV popular iaitu “Pleasant Goat And The Big Bad Wolf”.
Sumber dari shanghaaist.com
0 Response to "Tunas Bunga Tumbuh Di Kepala, Jadi Trend Penduduk Beijing"
Catat Ulasan