7 Perkara Dan Tanggungjawab Asas Harian Yang Tidak Diajar Di Sekolah

Anda berjaya menghabiskan pengajian anda dengan cemerlang dan seterusnya mempunyai karier yang cukup baik. Kemudian anda berfikir untuk membeli kereta dan rumah demi keselesaan hidup di masa hadapan. Ok, kami percaya anda memang bijak dalam merancang perjalanan hidup anda tetapi adakah anda juga tahu dan bersedia  memikut tanggungjawab asas harian seperti memasak, mengemas, membasuh baju dan lain-lain lagi.
Perkara ini mungkin nampak remeh bagi anda tetapi ianya amat penting dan boleh membantu anda di saat kecemasan. Kami nak kongsikan dengan anda 7 perkara tentang tanggungjawab asas harian yang mungkin tidak diajar di sekolah.
1. Memasak
Sumber dari PlayBuz

Bila cakap pasal masak memasak ni, mentaliti orang kita akan cakap memasak ni kerja dan tugas orang perempuan. Tetapi perlu diingatkan kaum lelaki pada masa kini juga perlu tahu serba sedikit dan perkara asas tentang masakan. Lelaki dan perempuan perlu tahu cara untuk membersihkan ikan, memotong sayur-sayuran, memasak nasi dan lain-lain.
2. Menggosok Baju
Sumber dari metronews.ca
Anda perlu tahu cara menyeterika pakaian anda agar baju yang kita pakai nampak kemas seterusnya meningkatkan keyakinan penampilan diri.

3. Mencuci pakaian dengan mesin basuh.
Kalau anda tidak tahu mencuci pakaian anda dengan cara yang betul, kemungkinan ianya boleh merosakkan kualiti baju anda. Jika anda mempunyai mesin basuh, anda perlu tahu cara bagaimana untuk mengendalikan mesin basuh, berapa banyak jumlah “detergent’ yang perlu anda gunakan untuk mencuci pakaian anda dan lain-lain perkara berkaitan dengan mesin basuh anda.
4. Membeli barang dapur/runcit
Kawal belanja anda apabila membeli barang keperluan dapur dan hanya beli barang yang anda perlukan sahaja bukannya mengikut hawa nafsu atau kehendak anda. Kaum lelaki pun kena ambil tahu juga tentang keperluan barang dapur dekat rumah tu!
5. Penyelenggaraan/Servis Kereta
Kebanyakan dari kita hanya tahu memandu tetapi bila ditanya tentang komponen, pemeriksaan dan penyelenggaraan sesebuah kereta, ramai yang tidak tahu dan hanya bergantung harap kepada pomen di pusat servis atau bengkel. Pentingnya untuk anda mengetahui beberapa perkara asas penyelenggaraan seperti minyak hitam, filter, bateri dan lainlain. Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.
6. Cara mengendalikan situasi di saat kecemasan.


7. Melipat Baju
Pelajarilah cara melipat baju seperti yang dilakukan di laundry profesional. Ini akan membuatkan pakaian anda dalam keadaan kemas dan terjaga serta  mudah disimpan di dalam almari sebelum dipakai.
Adakah anda benar-benar mahir dan mempunyai “skills” dalam perkara asas harian yang kami senaraikan ini?

0 Response to "7 Perkara Dan Tanggungjawab Asas Harian Yang Tidak Diajar Di Sekolah"

Catat Ulasan