Samsung Galaxy Note 5 Diumumkan, Phablet ”High End” Paling Canggih Masa Kini


Imej dari amanz
Setelah banyak khabar angin tentang spesifikasi dan rekaan smartphone terbaru dari Samsung, akhirnya mereka mengumumkan phablet terbaru keluaran mereka iaitu, Galaxy Note 5. Samsung Galaxy Note 5 mempunyai rekaan yang elegan dan mewah serta menampilkan bingkai yang diperbuat menggunakan logam.
Tidak dinafikan, spesifikasi smartphone ini adalah yang paling tercanggih buat masa kini. Dilengkap dengan chipset tercanggih Exynos 7420, smartphone ini hadir pemprosesan octa-core dengan kelajuan sehingga 2.1Ghz. Dengan adanya 4GB Ram dan memori terbina berkapasiti 64 Gb, ianya menjadikan Note 5 smartphone “high end” terkini.

Imej dari Amanz
Skrin Samsung Galaxy Note 5 berukuran 5.7 inci dan hadir dengan paparan Quad HD Super Amoled yang menampilkan kualiti gambar yang sangat cantik dan lebih terperinci. Samsung menyertakan kamera 16-megapixel F1.9 dengan sokongan penstabilan imej optikal, Iso Control, HDR dan banyak lagi.

Imej dari Amanz
Di Malaysia, Samsung akan membawa masuk Galaxy Note 5 versi dwi-SIM. Kita mungkin mendengar lebih lanjut mengenai Galaxy Note 5 di Malaysia dalam masa terdekat ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan dan ciri-ciri canggih yang ada pada phablet ini, anda boleh baca review penuh di www.amanz.my

Sumber dari Amanz

0 Response to "Samsung Galaxy Note 5 Diumumkan, Phablet ”High End” Paling Canggih Masa Kini"

Catat Ulasan