Anak Kelahiran Perlis Cipta Nama di Brazil

Bukan mudah untuk mencipta nama di negara orang. Tapi anak muda ini bukan sahaja membawa nama Malaysia tetapi juga mencipta namanya di Brazil.
Airul Firham Che Amran, 21 berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat gangsa pada pertandingan World Skills Competition (WSC) 2015 di Anhembi Park, Brazil yang berakhir semalam selepas mengharungi pelbagai cabaran dan mencuba sehabis mungkin menunjukkan kemahirannya.
Anak muda kelahiran Perlis ini yang pada mulanya hanya mencuba nasib dan tidak menyangka akan mewakili Malaysia bersama 1200 lagi peserta dari seluruh dunia. Beliau mengalahkan 31 peserta berbakat dari Perancis, United Kingdom, Korea Selatan dan Jerman.
“Pada mulanya, saya berasa agak gementar sehingga berpeluh di dahi tetapi selepas itu, saya mula berasa bangga dengan diri saya sendiri kerana mewakili negara dan saya akan memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang diberikan,” katanya kepada Bernama.
Airul yang mula berjinak dalam bidang dandanan rambut selepas tamat persekolahannya. Menyifatkan berdiri selama 20jam dalam pertandingan ini serta melakukan pelbagai gaya dandanan rambut seperti  rambut panjang dan pendek wanita, rambut panjang pengantin dan fesyen potongan rambut lelaki adalah sesuatu yang memenatkan.
Tetapi, segalanya berbaloi apabila beliau berjaya membawa pulang pingat pertama Malaysia iaitu pingat gangsa. Pelajar dibenarkan menyertai pertandingan ini sekali seumur hidup mereka. 

0 Response to "Anak Kelahiran Perlis Cipta Nama di Brazil"

Catat Ulasan