Percaya atau tidak seorang Chef yang berbakat dari Tanjung Malim telah menyediakan sajian makanan untuk golongan A-list di New York selama dua dekad.
Restoran yang dibukanya di beri nama Jefferson dan pernah menjadi tempat penggambaran untuk drama bersiri Hollywood yang sangat terkenal, “Sex and The City”. Babak itu memaparkan majlis resepsi perkahwinan Miranda.
Chef Simpson Wong Kok Seong yang berusia 52 tahun sangat teruja dengan penghargaan yang diberikan oleh mereka. Sarrah Jessica Parker dan staf dari HBO merupakan pelanggan tetap restoran Jefferson. Menurut Chef, mereka sangat gemarkan suasana di dalam restoran lalu meminta kebenarannya untuk menggunakan restoran ini sebagai tempat penggambaran untuk drama bersiri Sex and The City.
Chef Simpson juga menceritakan pengalamannya apabila sekumpulan Paparazzi cuba memberikan rasuah kepadanya agar mereka boleh memanjat bumbung restoran untuk mengambil gambar ketika penggambaran drama sedang dijalankan.
Restoran Jefferson yang menyajikan makanan “fusion” pernah ditutup pada tahun 2005 selepas Chef Simpson mengalami sakit jantung. Perjalanan karier beliau dalam bidang kulinari bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1988 apabila dia menanam cita-cita untuk mengubah nasib hidupnya dan ketika itu dia baru sahaja berusia 22 tahun.
Dia tiba di New York kemudiannya dan pekerjaan pertama yang dilakukannya adalah sebagai pelayan tetamu untuk sebuah restoran Jepun. Ketika di sana, bermacam-macam pekerjaan yang dilakukannya termasuk berkhidmat dengan majalah Penthouse. Menurutnya, syarikat penerbitan itu ingin menerbitkan majalah mereka di China lalu mereka mendapatkan khidmat dan nasihat dari Chef untuk menembusi pasaran di sana.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pembantu untuk pegawai tinggi United Nations. Dia terpaksa menguruskan urusan majikannya yang selalu mengembara ke Geneva seperti menyediakan penginapannya di sana, mengaturkan mesyuarat dan bermacam-macam lagi.
Pada tahun 1996, dia membuka sebuah restoran yang diber nama Cafe Asean yang menawarkan makanan tempatan yang diinspirasikan dari zaman kanak-kanaknya. Restoran ini masih popular sehingga ke hari ini dan menjadi destinasi golongan selebriti Hollywood seperti Meryl Streep, Natalie Portman dan Martha Stewart.
Kemudian dia mebuka Restoran Jefferson yang menyediakan selera “fusion”. Restoran ini mendapat dua bintang dari syarikat penerbitan The New York Times. Walaupun hanya dua bintang, restoran ini dikategorikan sebagai yang paling terbaik kerana penilaian oleh pihak mereka bermula dari markah 0 hingga 4 bintang( dari teruk hingga ke luar biasa).
Restoran ini juga turut dikunjungi oleh Nicole Kidman dan suaminya serta pereka fesyen terkenal Ralph Lauren. Selain itu Chef Simpson juga baru sahaja membuka restorannya yang terbaru yang diberi nama Chomp Chomp yang menawarkan makanan citarasa asia. Walaupun kejayaan yang dikecapinya hari ini amat membanggakan bagi diri beliau, dia juga tidak lupa asal-usulnya dan kenangan silam hidupnya.
Merupakan anak yang ketujuh dari lapan adik beradik, dia menceritakan betapa sukarnya untuk dia memperolehi wang ketika zaman mudanya. Bapanya yang telah meninggal pernah bekerja di sebuah kilang pemprosesan dan pembuatan kayu dan ibunya selalu membantu bapanya di kilang itu yang tiada sumber elektrik ketika waktu dahulu.
Chef Simpson mempunyai minat dalam bidang masakan setelah selalu memerhatikan ibunya menyediakan makanan bagi keluarga mereka. Ibunya kini berusia 81 tahun dan tinggal di Puchong. Chef Simpson berhijrah ke Kuala Lumpur selepas mendapat keputusan ujian SPM. Dia ditawarkan untuk menyambung pengajiannya di kolej tetapi faktor kewangan menjadi penghalang. Selepas itu, beliau gigih bekerja lalu mencari peluang pekerjaan di New York.
Rutin hariannya menyajikan makanan untuk pelanggan bermula dari 9 pagi hingga ke tengah malam. Chef Simpson yang masih lagi bujang amat fokus terhadap kariernya dan banyak pengalaman yang dilaluinya mengajar dirinya untuk terus mencapai kejayaan. Bagi dirinya, apabila seseorang pelanggan itu amat berpuas hati dengan makanan yang disediakannya, ianya adalah suatu kepuasan yang tidak terhingga.
Sumber dari Star2.
0 Response to "Restoran Chef Dari Tanjung Malim Ini Selalu Menerima Kunjungan Senarai Bintang “A-list” Hollywood"
Catat Ulasan