Di Taiwan, seorang budak lelaki secara tidak sengaja telah terlanggar sebuah lukisan yang berharga AS$1.5 juta dalam sebuah pameran yang berlangsung baru-baru ini.
Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), remaja itu tiba-tiba hilang kawalan dan tidak dapat mengimbangi badannya lalu terlanggar dan merosakkan lukisan bernama Paolo Porpora yang berusia 350 tahun itu.
Andrea Rossi, individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pameran lukisan ini terkejut dengan insiden tersebut tetapi dia tidak menyalahkan budak lelaki ini malah kanak-kanak lelaki ini juga amat beruntung kerana pihak pengurusan tidak menuntut sebarang ganti rugi.
Lukisan tersebut dipamerkan di ‘The Face of Leonardo, Images of a Genius’ Leonardo da Vincci di Huashan 1914 Creative Park, Ahad lalu.
Sumber dari Sinar Harian.
0 Response to "Kerana Hilang Keseimbangan Badan, Budak Lelaki Ini Rosakkan Lukisan Bernilai AS$1.5 Juta"
Catat Ulasan