Nenek Pamer “Skill” Petik Gitar Sambil Menyanyi

Jarang sekali kita tengok nenek main gitar kan. Tekejut kami bila tengok video seorang warga emas ini mempamerkan kehebatannya bermain gitar sambil menyanyi. Video yang berdurasi selama 2:06 minit ini tersebar sejak semalam di laman sosial Facebook.
Sesiapa sahaja yang melihat video ini pasti akan kagum dengan bakat dan kebolehan warga emas ini yang pastinya menarik perhatian orang ramai. Video ini dimuatnaik di halaman Facebook Video Viral dan mendapat 415 like dari pengguna Facebook.
Di awal video ini, warga emas ini menunjukkan bakatnya memetik gitar dan pada minit ke 1:47 pula, dia terus menghiburkan penonton dengan nyanyiannya.
Pengguna Facebook juga tidak terlepas untuk memberikan komen dan reaksi positif apabila menonton video bakat nyanyian dan bermain gitar warga emas ini. Ada juga pengguna Facebook yang turut meminta nenek ini memainkan lagu The Unforgiven.
Apa pun nenek ni masih lagi berbisa sebab boleh ingat “chord” gitar. Hihi
Jom layan video nenek yang otai ni.

Sumber dari Facebook Video Viral

0 Response to "Nenek Pamer “Skill” Petik Gitar Sambil Menyanyi"

Catat Ulasan