Hmmm, bagaimana ya rasanya sakit bersalin? Kami percaya seperti kenyataan ibu-ibu yang lain, sakit bersalin ini tidak boleh hendak digambarkan. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu dan ianya antara hidup dan mati. Betul tak?
Gotcha! Sebenarnya tajuk artikel ni kami sengaja buat macam tu untuk tarik perhatian anda. Hihi. Jadi untuk merasai bagaimana sakitnya melahirkan anak, lelaki yang kami maksudkan ini telah diberi peluang untuk mencuba dan menghadapi saat-saat kesakitan ketika bersalin dengan menggunakan mesin “Labor Pain Simulation”.
Mesin yang dicipta ini memberi kesan seakan sama seperti kesakitan ketika bersalin yang ditanggung oleh golongan wanita.
Prem merupakan seorang penyampai radio Mix Fm. Dalam segmen “talkshow” bersama dengan Aishah & Rod yang juga merupakan penyampai Mix Fm, Prem mengeluarkan kenyataan bahawa kehidupan seorang wanita lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan kaum lelaki. Aishah tidak bersetuju dengan kenyataan Prem ini, jadi untuk membuktikan bahawa kenyataan Prem adalah tidak benar, mereka bersetuju untuk bertukar kehidupan dan gaya hidup antara satu sama lain dalam cabaran yang diberi nama ” Aishah & Prem’s Life Swap”. Salah satu cabarannya ialah Prem perlu memakai “pregnancy suit” sepanjang hari dan merasai kesakitan bersalin.
Jadi untuk tahu sama ada Prem dan Aishah berjaya atau tidak mengharungi cabaran “Life Swap”, anda kena tonton video berikut.
Sumber dari Mix Fm
0 Response to "Gempar! Lelaki Malaysia Ini Melahirkan Anak Perempuan"
Catat Ulasan