Ruang dan suasana di rumah anda terlalu membosankan kerana hiasan dan perabot di dalamnya biasa-biasa sahaja? Jika anda sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah dengan kos yang paling minimum, anda boleh memanfaatkan barang-barang terpakai atau yang tidak digunakan lagi.
Dengan sedikit usaha dan kreativiti, barang terpakai tersebut ditransformasi menjadi perabot yang sangat cantik serta membuatkan ruang di rumah anda nampak eksklusif dan mendatangkan suasana yang nyaman. Jom tengok gambar-gambar hiasan dekorasi rumah yang kreatif ini.
1. Patterned Bookcase.
Anda ada rak buku lama atau tidak dipakai lagi? Daripada dibuang, anda boleh hasilkan seperti gambar di atas dengan menghias rak buku tersebut menggunakan wallpaper. Cantik kan? Mungkin sesuai untuk diletakkan di ruang tamu ataupun pejabat mini anda.
2. Chelsea Handler’s Office
Meja pejabat yang tidak digunakan lagi boleh anda hiaskan menjadi meja solek berkonsepkan retro khas untuk kaum wanita.
3. Black Walls
Jika anda memiliki jendela yang menghadap keluar seperti di atas, ubah catnya dengan warna hitam dan letakkan sekali kerusi kayu yang kelihatan seperti buaian agar anda dapat membaca dengan nyaman dan tenang di ruang tersebut.
4. Gorgeous Studio Apartment
Ruangnya nampak kecil dan terhad tetapi jika hiasannya tidak terlalu banyak dan melampau, hasilnya sangat cantik bukan?
5. Reading Nook
Dengan hiasan dalaman yang berwarna terang, anda akan berasa lebih selesa untuk membaca buku atau berehat di sofa ini dengan nyaman.
6. Vanity Closet
Rak yang dihasilkan dari kayu terpakai dan diberikan sedikit sentuhan ini pastinya akan memudahkan anda untuk menyimpan kasut dan koleksi beg tangan anda. Ini amat sesuai sekali untuk golongan wanita!
7. Colourfull
Hiasi ruang kerja peribadi anda tampak ceria dan penuh warna dengan lukisan buatan anda sendiri.
Sumber dari popsugar.com
0 Response to "7 Idea Kreatif Dekorasi Rumah Yang “Simple” Ini Harus Anda Cuba"
Catat Ulasan