Kisah yang dikongsikan oleh saudara Yusuf Yaakob di laman Facebook miliknya sangat menarik dan membuka mata serta hati kami tentang maksud kehidupan yang sebenar. Ceritanya bermula apabila dia perlu berulang-alik dari Johor Bahru Ke Batu Pahat selama 2 hari dengan hanya menunggang motorsikal untuk berjumpa anak-anak dan isteri tersayang yang baru sahaja habis berpantang. Sepanjang perjalanan ini, ada sesuatu yang beliau pelajari tentang hidup dan berasa dirinya amat bertuah sekali jika dibandingkan dengan ramai lagi insan yang kurang bernasib baik diluar sana.
Mari kita ikuti kejadian menarik sepanjang perjalanannya selama dua hari dan semoga kita dapat menginsafi diri dari kisah yang dikongsikan oleh beliau ini.
“Kehidupan aku 2 hari ni banyak habis atas jalan.Bermotor. Balik kampung, jenguk anak-anak, bini yang baru habis tempoh pantang. Dalam 2 hari ni jugak, 3 kes dah aku jumpa.
Kesimpulannya, 1.kalau kita susah . Ade orang lagi susah.
2. Ada bahagian orang lain dalam rezeki kita.
2. Ada bahagian orang lain dalam rezeki kita.
Kes 1 – Masa on the way balik Batu pahat dari Johor bharu, ahad lepas. Aku jumpa 1 budak kat area sebelum simpang renggam, motor die jem. mungkin akibat kelajuan melampau sebelumnya.Maklumla motor yamaha 125z. terus aku towing die, home delivery beb. kat Machap. masa aku nak blah tu dia hulurkan aku sesuatu, aku perasan tu mcm sekeping nota rm50. wow pakcik kayo . tapi aku xambil la .. haha
p/s : aku pernah kena motor rosak di highway, dan org lain tolong aku, jadi aku tahu mcmna perasaan tolak motor. Hari ni motor aku sihat, esok lusa xtahu.
Kes 2 – Malam tadi nak jadi cerita, tayar motor aku pancit, sepatutnya aku dah gerak balik jb. esok kerja ( hari ini ). Aku redah pergi bengkel kat semerah. sekali bengkel tutup daa.. pkul 10 malam kot. haha nasib. Rumah owner cuma terletak di belakang bengkel. Bagi salam dan isterinya menyahut. ”ABANG JAI KELUAR”. jeritnya. MASAK la aku. tapi tak lama brader Jai sampai dan terus buka bengkel dan repair motor aku yang pancit,syukur. Berbual sebentar dan dapat tahu babynya yang baru lahir tidak cukup bulan dan menghadapi masalah jantung. semoga beliau tabah.
p/s : syukur kedua dua anak ku sihat walafiat, cukup sifat.. alhamdulillah. cuma pening kalau 2 2 menangis. hahaha
Kes 3 – ROAD TO Hospital Sultanah Aminah, From Yong Peng.
620 pm tadi ni. Paling aku kesian. On the way balik jb dekat area nak sampai ke kulaijaya, terserempak dengan 2 gadis india bermotor, terhuyung hayang. Aku pintas dan berhenti. Rupanya bocor da.. haih nak tolong macamana? Sudahnya 2 beradik tu ride motor aku, aku ride motor die. Sampai kat exit kulaijaya, aku turun tanya orang tol. ”ade bengkel berdekatan tak?”
“ada” then aku pon wrongway, naik highway semula, dapatkan 2 beradik tu. Kelihatan ada brader lori yang berhenti dan membantu. syukur.
620 pm tadi ni. Paling aku kesian. On the way balik jb dekat area nak sampai ke kulaijaya, terserempak dengan 2 gadis india bermotor, terhuyung hayang. Aku pintas dan berhenti. Rupanya bocor da.. haih nak tolong macamana? Sudahnya 2 beradik tu ride motor aku, aku ride motor die. Sampai kat exit kulaijaya, aku turun tanya orang tol. ”ade bengkel berdekatan tak?”
“ada” then aku pon wrongway, naik highway semula, dapatkan 2 beradik tu. Kelihatan ada brader lori yang berhenti dan membantu. syukur.
“mak saya warded, sudah operation dan mahu potong tangan kiri pula, ayah dah xada” . seorang umur 23, seorang 17. Okkkk. Ape lg nk tanya..? Semoga urusan mereka dipermudahkan..
p/s :……………………………………………………………………………………
Kes 4 – Hari ni aku sudah ponteng kerja sebab tayar pancit semalam.. agak2 kalau aku share cerita ni kt bos aku, dia boleh cool down x? huhuhuhuhu…
Kesimpulan, Hidup ibarat roda, kadang di atas, kadang di bawah… perhatikan sekeliling , banyak orang yang benar2 memerlukan bantuan tapi tak bersuara.. Jangan pulak buat2 xnampak. Hulurkan bantuan ringankan beban. Insyaallah.
Sekian perkongsian berjela2 yg xpernah aku buat sepanjang hidup.”
Bila kita rasa diri kita susah, ingatlah ada insan yang lebh susah dari kita tetapi jangan pula kita lupa setiap yang berlaku itu pasti terdapat hikmah di sebaliknya. Bila kita rasa diri kita susah jangan lupa penjual kuih pun boleh jadi jutawan andai setiap masa diri kita mengingati Tuhan!
Sumber dari Facebook Yusof Yaakob dan The Vocket.
0 Response to "Pengalaman Berulang-Alik Dari Jb Ke Batu Pahat Dengan Motorsikal, Mengajar Dirinya Tentang Erti Kesusahan Hidup"
Catat Ulasan