Kerana Kesalahan “AutoCorrect”, Kek Ini Menjadi Viral Di Laman Media Sosial

Anda mungkin sudah tahu jika smartphone anda dilengkapi dengan fungsi “autocorrect”, dimana ianya akan membetulkan kesalahan ejaan secara automatik terutama jika smartphone anda menggunakan Bahasa Inggeris. Meskipun fungsi ini boleh dinyahaktifkan, ada juga individu yang menggunakan fungsi  ini untuk memudahkan kerja mereka ketika menghantar mesej ringkas. Tetapi fungsi “autocorrect” ini juga tidak selalu tepat.

Salah satu contoh ialah kisah yang dipaparkan di womansday.com. Akibat kesalahan ejaan kerana fungsi “autocorrect”, kek ulang tahun yang dipesan oleh gadis ini tidak seperti yang diidamkan.
Kisah ini dialami oleh Laura Seggie ketika menyambut saat ulang tahunnya yang ke 21. Untuk dipendekkan  cerita, ibu Laura memesan kek ulang tahun kepada temannya melalui sistem teks pesanan ringkas. Dalam teks tersebut, si ibu meminta temannya untuk menambahkan hiasan gadis kecil berambut perang di atas kek, dengan menghantar teks “little blonde girl”. Sementara itu, fungsi autocorrect  mengubah perkataan “blonde” menjadi“blind”, yang ertinya adalah buta. Nak tahu macammana hasil kek itu?

Dalam gambar itu, kelihatan jelas bahawa hiasan gadis kecil itu adalah seorang gadis yang buta, dengan mata tertutup, serta tidak memiliki warna rambut yang perang.
Emily, saudara perempuan Laura, memuatnaik imej kek tersebut ke akaun media sosialnya, Twitter, dan telah menjadi bualan hangat pengguna laman media sosial. Emily mengatakan kejadian itu dianggap lucu oleh keluarganya, namun mereka berharap kejadian ini tidak menyinggung perasaan sesiapa pun.
Screen Shot 2015-08-19 at 3.39.58 PM
“Kami tetap bersyukur, ternyata ada hikmah disebalik kejadian ini”. kata Emily
“Saya memuatnaik imej  tersebut  ke Twitter dan tidak sangka menjadi viral. Ketika saya bangun dari tidur saya terkejut melihat banyak yang berkongsi gambar tersebut melalui laman sosial ” kata Emily.
Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini ialah mungkin anda perlu berulang kali membaca dan memeriksa  setiap tulisan atau perkataan yang anda tulis sebelum menghantarnya.
Sumber dari womensday.com

0 Response to "Kerana Kesalahan “AutoCorrect”, Kek Ini Menjadi Viral Di Laman Media Sosial"

Catat Ulasan