Masjid yang berada di Papua ini berbeza dengan kebanyakan tempat ibadah bagi umat islam yang lain kerana masjid ini dibina di dalam perut bumi dengan kedalaman 1760 meter.
Masjid ini diberi nama Baabul Munawwar. Masjid ini terletak di kawasan perlombongan PT Freeport Indonesia Papua di daerah Tembagapura, Timika, Papua.
Masjid ini baru sahaja dirasmikan pada awal Jun yang lalu dan boleh menampung seramai 250 jemaah. Masjid tersebut dibina bagi memudahkan pekerja lombong bawah tanah itu boleh menjalankan kewajipan mereka sebagai seorang muslim tanpa sebarang alasan.
Oleh sebab masjid ini terletak di dalam perut bumi, ianya turut dilengkapi dengan cerobong asap(exhaust) untuk menyedut keluar udara kotor dan menjadikan udara di dalam masjid itu terasa nyaman. Berdekatan dengan masjid itu, ianya juga turut di bina sebuah gereja bagi mereka yang beragama Kristian.
Masjid dan gereja ini terletak di salah satu sudut di dalam terowong yang digali oleh ribuan pekerja lombong. Masjid dan gereja di dalam perut bumi ini direka oleh arkitek Alexander Mone dan rakan-rakannya yang merupakan lulusan Universiti Bina Nusantara. Untuk fasa dan proses pembinaan pula, ianya dikendalikan oleh Andrew Parhusip dan rakan-rakannya yang merupakan lulusan Institut Teknologi Bandung.
Untuk sampai ke lokasi tempat menunaikan ibadah, para pelawat perlu diangkut dengan menggunakan kenderaan khusus dan perlu memasuki terowong yang sungguh gelap dan berliku sejauh 4 kilometer.
Sumber dari tabayyunnews.com
0 Response to "Masjid Ini Sungguh Luar Biasa Kerana Di Bina Di Dalam Perut Bumi"
Catat Ulasan