Kisah seorang warga emas yang masih lagi gigih bekerja siang dan malam demi mencari sesuap nasi menjadi viral di laman sosial Facebook. Tambah menyedihkan lagi apabila warga emas ini kehilangan penglihatannya semenjak kecil lagi. Salah seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Nasir Runner terserempak dengan mak cik ini yang sedang menjual makanan ringan di bawah cahaya terik matahari. Pemuda bernama Nasir ini telah berkongsi pengalaman berjumpa dengan warga emas ini di laman Facebook miliknya. Ianya turut mendapat simpati ramai pengguna laman sosial yang kemudiannya ingin tampil menghulurkan bantuan.
“Tengah dok merunner dkt kawasan klang,ternampak 1mak cik ni dok niagaa tengah jalan,panas terik plak tu…..dalam hati aku dah rasa kesian sbb tengok langsung xde orang beli..aku p singgah la buat2 nak beli… Dok borak pong pang pong pang,rupa ye makcik ni buta sejak umur 3tahun…sekarang umur dah 75….dok dgn anak sorang..suami dah meninggal…aku time ni punya nak menangis,sedih laa wehh,sape xsedih,tengok org kurang upaya mcm ni,tambh plak warga emas….
ok la cik,saya beli asam ni,bpe 1…20sen je nak,,20sen makcik jual pun xde org nak beli..sedih makcik….
Ye cik,sini saya beli 5..sambil hulur duit lebih niat nak sedekah…..punya seronok makcik ni aku beli…
Kesian kan…..kau bayangkan,buta + tua dok menolak gerai kecik ni dari rumah…amacam??sedih x??meh hulurkan bantuan….
Mak cik Hendon binti Satari…( 012-397 9505)
Lot 2177 sungai udang,klang…
Tu je detail yg dia bagi,minx no akaun dia xingat,buku bank ada dkt rumah…yg kelakar aku kena marah sbb sebut nama ayah dia x betul….aku mula2 ingat nama ayah dia sapari,sbb mula2 dia bgtau xbpe jelas
Selepas kisah mak cik ini dikongsikan oleh pengguna Facebook yang bernama Nasir, ramai yang bersimpati dengan mak cik ini dan tidak putus-putus menawarkan bantuan agar dapat meringankan sedikit beban dan kesusahan yang dialami oleh mak cik ini.
Saudari Dahlia Darul juga berkongsikan pengalamannya berjumpa dengan warga emas ini. Menurutnya mak cik ini bukan hendak menagih simpati dari orang ramai tetapi dia masih lagi bekerja kerana tidak ingin menyusahkan anaknya.
“As salam Geng, Sy baru Je Balik Dri Gerai Makcik HIndon yg Semalam Nasir Runner Bagitau tu.
No acc BSN
10100-29-00010519-5
Hindon Binti Satari@suradi
Alamat Rumah Makcik ni
Lot 2177 Kg Sg Udang Klang selangor. Siapa Dok Area Sg udang,Kg Delek rumah Makcik Ni kt Lorong Surau Al Shukiriah yg Bln puasa selalu bgi Bubur Lambuk.
Waktu Meniaga Makcik ni
Dri kul 7pgi kalau dia smpt naik Bas atau ade yg sudi tumpang kan,kalau x dia jln kaki lewat sikit smpainya. Dia akan blk kul 12-1tgh hari mcm tu. Gerai Dia kt Jalan Hassan,belah Kiri sblm Sekolah Agama. Tak Dapat Sembang lama2 sbb Sy nak masuk kje, cuma Makcik ni ade cerita,dia bkn Tagih simpati org,cuma dia xnk Ssh kn ank2 dia. Katanya lgi,kalau ade yg nk bntu dia nk mtk Buatkn Gerai bertutup,So kalau Hujan Panas,dia blh berteduh. Esok maybe nk G lagi.syok Sembang makcik ni.Mata hati Dia terang sgt. Mata x nmpk,tpi dia tahu waktu sy dtg tu,awan Gelap nk hujan. Kita Bantu termampu kita ya”
Muhamad Nur Nasrullah turut membantu dan memberi informasi yang terbaru.
“Saya baru lepas jumpa nenek dan hantar nenek balik ke rumah. Nenek ucapkan terima kasih kpd pederma, cuma nenek mohon kalau boleh dapatkan balang2 kosong yang baru untuk letak gula-gula dan barang jualan dan pondok untuk berniaga. Nenek mengadu basah kuyup kalau selalu hujan dekat pondok sedia ada. Seronok berbual dengan nenek. Peramah. Lokasi sama seperti info sebelum ni. Mohon sebarkan untuk bantu nenek ni. Terima kasih siakap keli.” — Muhamad Nur Nasrullah
Sebentar tadi, pengguna Facebook dengan nama akaun Sofea Ilias mengambil kesempatan untuk melawat mak cik ini dirumahnya di Sungai Udang, Klang.
Walaupun kurang upaya tetapi Mak Cik Hendon gigih berusaha mencari rezeki walaupun dirinya di mamah usia. Mak Cik ini bukan mahu menagih simpati orang ramai tetapi dia tidak mahu menyusahkan keluarganya kerana kekurangan diri bukan alasan untuk dia tidak mencari rezeki demi mendapatkan sesuap nasi. Rakyat Malaysia juga amat prihatin dengan nasib warga emas ini dan tidak putus-putus menawarkan bantuan sedaya yang mampu dan semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mak cik yang mempunyai hati yang cekal dan tabah walaupun dia kehilangan penglihatan.
Sumber dari Facebook Nassir Runner, Facebook Dahlia Darul, Muhammad Nur Nasrullah dan Facebook Sofea Illias.
0 Response to "Pengguna Facebook Simpati Dengan Nasib Warga Emas Ini Yang Masih Lagi Bekerja Walaupun Kehilangan Penglihatan"
Catat Ulasan