Seorang remaja dari Thailand, kini sedang menjadi topik perbincangan hangat netizen dan menjadi viral di media sosial kerana busana-busana unik dan aneh yang dicipta dan digayakan sendiri olehnya. Remaja lelaki ini mencipta baju unik dari pelbagai benda aneh yang diperolehi disekitarnya.
Baju tersebut diperbuat dari benda aneh seperti kulit durian, daun pisang, daun papaya, jerami dan lain-lain. Remaja ini juga turut membuat baju unik dengan memanfaatkan sehelai kain panjang sehingga memukau mata sesiapa sahaja yang melihat fesyen peliknya ini.
Selain baju yang aneh, “pose” remaja lelaki ini menggayakan pakaian peliknya itu turut mendapat perhatian warga Netizen kerana kelentikan badannya yang mengalahkan model berpengalaman. Ramai yang kagum dengan keberanian remaja ini menggayakan “fesyen hutan” yang diciptanya sehingga menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial. Dalam akaun facebooknya, remaja ini menggelar dirinya sebagai ThaiBan Fashionist. Daripada informasi di akaun facebooknya, ternyata remaja ini merupakan warga Khon Kaen, Thailand. Dia juga merupakan seorang siswa di sekolah Fangwittayayon School. Dianggarkan, usia remaja ini di antara 15 atau 17 tahun.
Gambar-gambar yang dimuatnaik oleh ThaiBan menarik banyak perhatian pengguna laman sosial. Setiap gambar yang dimuatnaik olehnya pasti akan mendapat sekurang-kurangnya 3000 “like” dari pengguna laman sosial. Malah setiap gambarnya turut mendapat sehingga beratus-ratus komen. Kami pun tertanya-tanya dan terfikir dari mana dia mendapat idea untuk mencipta baju-baju yang unik dan mungkin tidak pernah kita lihat dan bayangkan sebelum ini.
ThaiBan juga memuatnaik gambar-gambarnya di akaun peribadi Instagram miliknya yang mempunyai 3700 pengikut. Selain itu, tempat atau latar belakang ketika dia menggayakan fesyen peliknya turut menarik perhatian kami. Dia melakukan pertunjukan fesyennya di sawah, sungai, di kebun pisang, tali air sehingga di atas pohon pokok. Karya-karyanya juga mendapat pujian dan dikagumi warga Netizen dari Thailand, Malaysia, Vietnam, Indonesia, dan lain-lain.
Tapi apapun memang kreatif lah fesyen yang dia cipta ni! Tak pernah lagi dibuat orang. Hihi
0 Response to "Fesyen “Aneh” Remaja Thailand Ini Jadi Bahan Ketawa Pengguna Laman Sosial"
Catat Ulasan