16 Fakta “Rare” Tentang Malaysia Yang Jarang Diketahui

Sempena dengan hari kemerdekaan negara kita yang bakal tiba tidak lama lagi, kami nak kongsikan dengan anda tentang fakta yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia. Mungkin ada segelintir yang tahu tetapi kebanyakan rakyat Malaysia cuma tahu 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia dan juga hari-hari lain seperti Hari Penubuhan Malaysia, 16 September 1963.
Berikut adalah 16 fakta menarik tentang Malaysia yang mungkin anda juga sudah tahu tetapi apa salahnya kita sama-sama mengimbau kembali sejarah negara kita sendiri dan secara tidak langsung dapat mengetahui fakta menarik tentang negara kita yang tercinta.

1. Tunku Abdul Rahman pertama kali mengumumkan tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Pahlawan kat Bandar Hilir, Melaka, pada Feb 20, 1956.
2. Malaysia pernah menjalankan eksperimen Latihan Khidmat Negara yang pertama pada 1962, semasa Konfrontasi Indonesia. Pada ketika itu, remaja yang berumur antara 21 hingga 28 tahun diwajibkan untuk menjalani selama 2 tahun. Lebih lama berbanding latihan sekarang ini.
Imej dari khidmatnegara.gov.my

3. Perkampungan Wang Kelian di Perlis merupakan satu-satunya tempat di dunia di mana perlombongan timah di gua yang berskala besar dijalankan.

4. “Tun” merupakan gelaran persekutuan yang tertinggi dan bilangan penerima tidak bolehlebih daripada 25 orang yang masih hidup dalam satu masa.

5. Ruang gua yang paling besar di dunia adalah Gua Nasib Bagus yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak, yang mana boleh memuatkan sebuah kapal terbang Boeing 747-200.
Imej dari hypescience
6. Malaysia mempunyai lebuhraya sejauh 65,877 km. Ini merupakan jarak yang lebih jauh daripada lilitan bumi yang sejauh 40,075 km.
Imej dari Flickr

8. Panggung wayang mula beroperasi di Tanah Melayu pada tahun 1933 dengan tayangan filem Melayu pertama iaitu Laila Majnun. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India. Filem ini diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical, yang berasal dari Bombay tetapi beroperasi di Singapura. Karya ini diadaptasi dari cerita cinta klasik rakyat Timur Tengah mengenai percintaan yang tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan Majnun.

9. Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua dan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga merupakan pelajar Silat Seni Gayong yang terkenal.
Imej dari n9kini

10. Penang Free School merupakan sekolah Inggeris yang tertua di Asia Tenggara, ia ditubuhkan oleh Rev. Sparke Hutchings pada tahun 1816.
Imej dari says.com

11. Pulau Sipadan di Sabah merupakan salah satu tempat menyelam yang terbaik di dunia.
Imej dari tripadvisor

12. Gereja St. George di P.Pinang, dibina pada tahun 1818, merupakan gereja Anglican yang tertua di Asia Tenggara.
Imej dari The Borneo Post

13. Ular Tedung yang terpanjang di dunia, yang berukuran 5.54 meter, telah ditangkap hidup-hidup di Port Dickson pada April 1937 dan kemudiannya membesar sehingga 5.71 meter di dalam kurungan di Zoo London.
Gambar hiasan. Imej dari kosmo.

14. Dr. Mani Jegathesan menjadi rakyat Malaysia yang pertama untuk memenangi pingat emas Sukan Asia pada tahun 1962 di Jakarta.

15. Semasa pertandingan rekabentuk Bendera Malaysia, sebanyak 373 reka bentuk bendera dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, hanya tiga rekaan disenarai pendekkan sebelum benderaMohamed Hamzah dipilih kerana bendera Mohamed Hamzah mendapat pilihan majoritidan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja.

16.  Nasi Kandar, sajian yang unik di Malaysia dan dibawa masuk oleh golongan India Muslim, ia merupakan makanan kegemaran di kebanyakan rakyat Malaysia. Nasi Kandar yang terbaik terdapat di P.Pinang.

Imej dari Flickr
Sumber dari mzsite.blogspot.com

0 Response to "16 Fakta “Rare” Tentang Malaysia Yang Jarang Diketahui"

Catat Ulasan