Senarai 10 Gaji Lumayan Pemain Bola Sepak Malaysia

Kini, pemain bolasepak tempatan yang beraksi dalam liga tempatan juga mampu bergelar jutawan. Siapakah pemain bolasepak Malaysia yang menerima gaji tertinggi dalam Liga Malaysia 2015? Di sini, kami senaraikan 10 pemain bola sepak tempatan yang menerima gaji paling lumayan.
1. Safee Sali- RM120,000– Johor Darul Takzim
Imej dari The star
Pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.
2. Khairul Fahmi Che Mat (Apek) – RM100,000 – Kelantan
Imej dari The Red Warriors
Apek bukan sahaja menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang.
3. Amri Yahyah – RM85,000 – Johor Darul Takzim
Imej dari Johor Southern Tigers
Amri, 34,  telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.
4. Norshahrul Idlan Talaha – RM80,000 – (Terengganu)
Imej dari Terengganu FA
5. Indra Putra Mahyuddin – RM75,000 – Felda United
Imej dari The Star
Indra kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.
6. Baddrol Bakhtiar – RM65,000 – Kedah
Imej dari Kedah Ke KL blogspot
Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan senior Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker).
7. Safiq Rahim – RM50,000 – Johor Darul Takzim
Imej dari Goal.com
Pemain yang mempunyai skill terhebat dalam mengambil sepakan percuma.
8. Badhri Radzi (Piya) – RM50,000 – Kelantan
Imej dari sembang sukan
Mempunyai skil sepakan sudut dan percuma yang menarik, Piya adalah lawan kepada Safiq Rahim.
9. Aidil Zafuan – RM50,000 – Johor Darul Takzim
Imej dari rotikaya.com
Aidil merupakan antara tonggak pertahanan yang terbaik di Malaysia.
10. Norfarhan – RM40,000 – Kelantan
Cukup lincah dan mempunyai penyudah yang baik. Norfarhan dikatakan menerima sekitar RM40,000 sebulan di Kelantan.
Sumber dari ammboi.com

0 Response to "Senarai 10 Gaji Lumayan Pemain Bola Sepak Malaysia"

Catat Ulasan