Ini tempat yang biasa orang kunjungi: A Famosa, Stadhuys, Kubu St. John, Bukit St. Paul, Jonker Walk,
Malacca River Cruise, Menara Taming Sari, Muzim Maritim & Mini Malaysia. Seperti senarai tempat
menarik di Selangor, senarai ini pasti menjanjikan sesuatu yang lain dari yang lain. Ada kalanya, tempat
ini biasa kita lalu, tetapi tidak pernah singgah.
Jika anda mahu berehat seketika hujung minggu, dan memandangkan cuti sekolah yang bakal tiba, apa
kata anda lapangkan dada dan merancang untuk ke beberapa tempat percutian menarik di Melaka.
Cuma 150km sahaja dari Kuala Lumpur. Bukannya jauh!
Sudah pasti ia tidak memerlukan kos yang tinggi tetapi faham-faham sajalah, anda barangkali terpaksa
menempuh kesesakan lalulintas yang teruk. Biasanya, laluan keluar PLUS Ayer Keroh sangat sesak.
Tetapi dengan perancangan yang rapi dengan menempah tempat penginapan lebih awal, keluar rumah
lebih awal dan segala persiapan dibuat lebih awal, anda boleh mengelakkan kekecewaan dan betul-betul
menikmati percutian anda di Melaka.
1. Masjid Kampung Hulu
Orang biasa akan ‘lalu‘ sahaja masjid ini. Jarang yang mahu singgah kecuali ingin menunaikan solat.
Mungkin kerana kurang tempat letak kereta. Mungkin juga kerana macam tiada apa-apa yang istimewa.
Untuk pengetahun, masjid ini dibina pada tahun 1728 semasa pemerintahan Belanda. Ia adalah masjid
yang tertua di negara ini. Saya ulang sekali lagi, Masjid Kampung Hulu ialah masjid yang paling tua di
negara ini. Gaya senibinanya yang unik adalah gabungan unik Sumatera, Hindu dan seni bina Barat.
Hanya orang yang menghargai sejarah akan menghargai masjid ini sepenuhnya.
Bila melangkah masuk ke dalam masjid kecil ini, terasa bagai dibawa ke zaman silam. Dongakkan kepala
di tengah-tengah ruang solat dan pandang bumbung. Bayangkan zaman Belanda tahun 1728 dahulu,
nenek moyang kita antara penduduk Muslim yang masih kuat pegangan agamanya. Daripada masuk
gereja, lebih baik masuk Masjid Kampung Hulu bukan?
Semua struktur kayu asal bangunan kecuali empat tiang utama dan struktur bumbung telah digantikan
dengan konkrit. Dalam kawasan masjid, anda boleh mencari makam Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang
guru agama yang terkenal, yang dianggap ramai sebagai Wali. Untuk sampai ke sini, boleh berjalan kaki
sahaja dari Jonker Street.
2. Homestay Limastiga, Umbai
Limastiga tersenarai dalam entri tempat menarik di Malaysia yang kami tulis sedikit masa yang lalu.
Walaupun bukan hotel dan beroperasi sebagai private homestay, ada juga yang memberikan 5 bintang
untuk Limastiga.
Sangat sesuai untuk reunion dan gathering untuk kawan-kawan lama dan keluarga. Kalau ingin makan
malan, restoran makanan laut yang banyak terdapat di Umbai hanya terletak 2-3 minit sahaja dari sini.
3. Desa Balqis, Kuala Linggi
Desa Balqis juga tersenarai dalam entri terdahulu berkenaan tempat menarik di Malaysia. Uniknya,
setiap 10 rumah yang ada di sana diberikan nama seperti panggilan pada pakcik dan makcik kita. Ia
termasuk Pak Long, Pak Ngah, Balqis, Mama Penghulu, Pakcik, Adik & Kakak, Nenek, Atuk , Pak Ndak.
Asyik kerja, kerja, kerja sahaja. Kerja banyak mana, tidak akan habis. Apa kata pergi jauh dari hiruk-pikuk
kotaraya dan singgah di sini. Antara kerinduan yang sudah lama kita tidak rasai ialah, apabila waktu
Subuh pula dikejutkan oleh kokokan ayam. Menarik?
Rupanya, ramai orang yang dalam perjalan JB-KL atau KL-JB yang sengaja singgah ke sini. Cari
ketenangan katanya!. Tidak kurang juga yang memilih Desa Balqis untuk family day. Jangan tidak
percaya, ada yang sambut Hari Raya Aidilfitri di sini juga.
4. Zoo Melaka
Baik, mungkin anda akan kata, “Eleh, kata tempat menarik? Ini zoo? Apa yang menarik kat sini?”.
Tunggu dulu. Izinkan kami bercerita lebih lanjut. Zoo Melaka adalah taman zoologi 54 ekar yang terletak
dekat dengan Lebuh Ayer Keroh di bandar Ayer Keroh. Lebih daripada 1200 haiwan daripada 215 spesies
boleh didapati di Zoo Melaka.Kami senaraikan Zoo Melaka kerana ada sebab tersendiri. Bagi sesiapa dari
Kuala Lumpur dan sudah melawat Zoo Negara di Hulu Klang banyak kali, anda patut datang ke
sini. Walaupun ini pendapat peribadi, saya rasa Zoo Melaka lebih berbaloi-baloi.
Harimau pun ada banyak spesis di sini. Bila mengaum, bergegar satu zoo. Paling seronok ialah kanakkanak!
Oh, lupa mahu beritahu. Di sini juga ada night safari. Tidak perlu sampai ke Singapore Zoo!
Akibat terlalu seronok di dalam Zoo Melaka ini, sedar tidak sedar, boleh ambil masa sehingga setengah
hari!
5. Hotel Unik Masbro Village, Paya Rumput
Bagi yang pernah ke Australia pastinya agak biasa mendengar tentang hotel berwarna warni di Brighton Beach di Melbourne. Kini kita tak perlu ke Australia lagi sebab hotel berwarna warni seperti ini juga sudah ada di Malaysia.
Bahagian luar Masbro Village yang berwarna-warni, senibina rumah inap yang unik dan landskap yang kemas ini membuatkan pelanggan terasa seperti berada di luar negara
6. Hajjah Mona Asam Pedas, Kota Laksamana
Tidak puas jika berkunjung ke Melaka jika tidak rasa masakan Asam Pedas. Asam Pedas Melaka memang
terkenal di seluruh Malaysia dan sebenarnya terdapat restoran menarik yang menawarkan menu ini.
Pergi sahaja ke bandaraya Melaka dan anda pasti melihat banyak restoran asam pedas yang menarik.
Saya cadangkan agar anda berkunjung ke Asam Pedas Kota Laksamana ini.
mesti terangkat punya!
7.A Famosa
Sebut sahaja A Famosa, sudah pasti ramai yang terbayang Kota A Famosa yang dahulunya menjadi
simbol kekuatan Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan pelabuhan yang amat sibuk sehingga Melaka
menjadi tumpuan pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Ikon bersejarah negeri Melaka ini sering
menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Jangan lupa singgah di sini kerana A Famosa
ialah satu simbol tempat percutian menarik di Melaka yang wajib dikunjungi.
A Famosa Resort
Sudah penat ke A Famosa, apa kata kita ke A Famosa Resort pula. Jika anda sering melalui Lebuhraya
Utara Selatan, sudah tentu anda boleh melihatnya dari tepi lebuhraya tersebut. Anda pasti tidak mahu
lepaskan peluang untuk bermain di Taman Tema yang terdiri daripada Taman Air, Safari Wonderland,
Old West serta Sukan dan Rekreasi.
8.Pantai Klebang
Tempat percutian menarik di Melaka seterusnya, Pantai Klebang. Bagi mereka yang lebih menyukai
keindahan pantai, anda akan disajikan dengan pantai yang agak bersih tetapi sentiasa penuh dengan
anda.
9.Pengkalan Balak
Jika anda mahu ke tempat yang tidak seramai Pantai Klebang, bolehlah ke Pengkalan Balak. Walaupun
mungking tak sebersih dan tidak mempunyai kemudahan yang selengkap Klebang, tetapi ia juga lebih
murah. Terdapat banyak chalet di sini dan sedikit privasi berbanding Klebang.
Percutian anda ke Melaka tidak akan lengkap tanpa merasai makanannya seperti Makanan Laut dan
10.Coconut Shake.
Dah kenyang makan asam pedas, apa kata anda ke Klebang untuk menikmati Coconut Shake pula.
Klebang Coconut Shake dibuka pada waktu tengahari tetapi anda perlu bersiap-sedia untuk beraturpanjang kerana ia amatlah sedap. Dah cuba sekali, pasti nak lagi. Jadi saranan saya, belilah lebih
daripada perlu beratur lagi sekali untuk memuaskan nafsu anda.
11.Kedan Ikan Bakar Umbai
Dan pada malam terakhir anda di Melaka, apa kata singgah di Medan Ikan Bakar Umbai bagi menikmati
juadah makanan laut yang segar dan agak murah. Walaupun ianya terkenal dengan ikan bakar, tetapi di
sini anda juga boleh menikmati udang, sotong, kupang, lala dan bermacam-macam lagi. Serius sedap
dan walaupun ia sering penuh, anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan dan minuman anda.
12.Melaka River Cruise
Juga jangan terlepas peluang menaiki Melaka River Cruise yang membawa anda bersiar-siar menaiki bot
sambil bersantai. Saya pasti percaya anda akan menyukai perjalanan selama 45 minit ini dan anda dapat
melihat bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Sambil bersiar-siar menikmati pemandangan, anda
juga dapat belajar serba sedikit tentang sejarah negeri Melaka.
Demikianlah di antara tempat-tempat percutian menarik di Melaka. Ia boleh juga dikatakan destinasi
bajet untuk seisi keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama tanpa perlu pergi jauh
mahupun berbelanja besar.
Sumber: siraplimau.com
x
0 Response to "12 Tempat Menarik Di Melaka Yang Ramai Tak Tahu!"
Catat Ulasan