Wahai peminat nasi lemak di Malaysia dan serata dunia, pastinya anda terasa lapar apabila sebut perkataan nasi lemak kan? Penulis pun suka makan nasi lemak, tak kira siang atau malam. Lebih-lebih lagi kalau dapat kedai nasi lemak yang sambalnya memang secukup rasa, tambah tiga empat kali pun tak apa. Okay, tanpa membuang masa, saya kongsikan 10 lokasi gerai atau kedai menjual nasi lemak yang paling awesome di Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang boleh anda cuba.
1. Nasi Lemak Wak Manjor
Lokasi : Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Nasi lemak Wak Manjor ni agak popular bagi warga kota. Dengan harga nasi lemak biasa serendah RM3, anda boleh tambah lauk pauk yang menarik seperti lauk Sotong, Paru, Limpa, Ayam, Daging dan lain-lain ( tambahlah bayarannya ) . Gerai nasi lemak ni memang dah lama sejak tahun 80-an lagi.
2. Nasi Lemak Bumbung ( Nasi Lemak Maybank )
Lokasi : Jalan 21/11B, Seapark, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Ini antara lokasi gerai nasi lemak pilihan penulis. Yang bestnya nasi lemak ni dibuka bermula jam 6 petang sehingga larut malam dan jangan tak tahu, menu terbaik di sini adalah nasi lemak ayam goreng. Kalau nak cuba makanan lain, anda boleh rasa Maggi Goreng di sini. P/S : jangan terkejut apabila lihat lokasi Nasi Lemak Bumbung ni, sebab lokasinya memang dibelakang lorong kedai.
3. Village Park Restaurant
Lokasi : 5, Jln SS 21/37 (Damansara Utama) – Berhampiran Uptown Damansara
Village Park ini memang agak popular di kalangan warga Petaling Jaya. Selain nasi lemak, di sini terdapat lontong, bihun dan lauk pauk yang best. Tun Mahathir pun pernah makan di sini. Memang superb!
4. Nasi Lemak Jalan 222
Lokasi : Foodcourt Selera Jaya, Jalan 51A/223, Petaling Jaya, Selangor Jalan 51A/223
Ianya memang terletak di Jalan 222 di Petaling Jaya Selangor. Yang menariknya nasi lemak di sini adalah jenis nasi lemak bungkus dengan daun pisang dan suratkhabar serta mempunyai cop berwarna merah dan biru. Kalau pada waktu malam, di sini ada ikan bakar yang best.
5. Nasi Lemak Tanglin
Lokasi : Kompleks Makan Tanglin (Gerai No. 6), 50480 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Sama seperti nasi lemak Jalan 222, nasi lemak Tanglin ni memang terletak di Kompleks Makan Tanglin berhampiran Masjid Negara. Memang popular sejak dulu. Anda boleh pilih lauk sambal sotong yang menjadi pilihan ramai. Ada juga orang kata kat sini biasa-biasa je, tapi tak cuba tak tahu!
6. Mali’s Corner
Lokasi : Platinum Walk, Danau Kota (Jalan Taman Ibu Kota), 53300 Kuala Lumpur ( banyak lagi cawangan lain )
Tak perlu penulis perkenalkan lagi Mali’s Corner ini. Memang popular dengan menu Nasi Lemak Ayam Goreng dan Char Kueh Teow. Walaupun menu Char Kueh Teow popular di sini, Nasi Lemaknya juga tidak kurang enaknya.
7. Nasi Lemak Ceria, Shah Alam
Lokasi : Restoran Ceria, Jalan Ru 3/9a (Seksyen 3), 40000 Shah Alam, Selangor
Ini adalah restoran nasi lemak pilihan utama penulis. Pada mulanya Restoran Ceria ini mempunyai satu ruang kedai sahaja dan menjual nasi lemak pada sebelah pagi dan lauk-pauk pada sebelah tengah hari. Tetapi oleh kerana pelanggan semakin bertambah, mereka meluaskan lagi restoran mereka dengan menyewa ruang kedai bersebelahan. Di sini juga terdapat roti canai, roti bom dan kuih cakoi. Memang sedap sambal nasi lemak di sini. Anda MESTI CUBA! P/S : Sambal sotong dan bergedil di sini memang best!
8. Nasi Lemak Gembira, Seksyen 3 Shah Alam
Lokasi : 2 Jalan Beringin 3/13, 40000 Shah Alam, Selangor
Dibuka sejak tahun 1968, lokasinya tidak jauh dari Restoran Nasi Lemak Ceria. Menunya pun lebih kurang, tetapi di sini restorannya lebih kemas dan selesa. Pada waktu petang, mereka juga turut menjual goreng pisang dan keledek.
9. Nasi Lemak Royal Kedah
Lokasi : Tiara Duta Clubhouse (Tiara Duta,Jalan Dagang 4,Taman Putra Sulaiman), 55100 Ampang, Selangor
Memang diraja sangat warna nasi lemaknya iaitu kuning. Ia dihidangkan bersama ayam goreng rempah dan juga kari bermacam jenis. Nasi lemak ala mamak agaknya. Orang kata sedap sama macam di restorannya di Alor Setar, anda boleh cuba kot?
10. Det Station
Lokasi : Ampang Avenue (Jalan Avenue 3), 68000 Ampang, Selangor
Di sini menu utamanya adalah Nasi Lemak, Char Kueh Teow dan burger pelbagai jenis dengan harga berpatutan. Yang special di sini adalah ayam goreng rempahnya dan juga sambal yang umphh!
11. Nasi Lemak Ayam Goreng ‘Crunchy’
Lokasi : Taman Kosas, Ampang ( berhadapan pusat servis Proton )
Lagi satu gerai nasi lemak di Ampang yang mungkin anda boleh cuba. Memang nama kedai pun Nasi Lemak Ayam Goreng ‘Crunchy’, nak tahu garing ke tak ayam dia, cuba dulu.
12. Nasi Lemak Sambal Sotong
Lokasi : No 14 Jln AU\7 (Tmn Keramat/Ulu Kelang), 54200 Kuala Lumpur
Bagi orang Ulu Kelang, mungkin dah biasa dengan gerai ni. Ianya terletak rumah Silat Cekak di Jalan Gurney, Keramat dan pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan satu ketika dulu. Gerai ini katanya sudah dibuka sejak 30 tahun lalu dan lauk pilihan, tentulah sambal sotong. Orang kata di sini lontongnya pun sedap.
13. Restoran Nasi Lemak Warisan Sambal Opah
Lokasi : 2-56 Jalan USJ 9/5p, Subang Jaya, Selangor 47620, Malaysia
Mereka menyediakan nasi lemak bungkus daun pisang dengan pelbagai pilihan lauk.
14. R.A Nasi Lemak
Lokasi : Asian Heritage ( Depan Yellow Cab Pizza), Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ( 012-354 6800 )
Nasi lemak kukus di sini agak sedap dan lauk popularnya adalah sayur kangkung tumis dan dibuka seawal jam 6.30 pagi.
15. Nasi Lemak City Garden ( CT Garden )
Lokasi : Kampung Baru, Kuala Lumpur
Nasi Lemak CT Garden ini adalah lokasi popular warga Kuala Lumpur menikmati nasi lemak bungkus bersama lauk-pauk yang sedap. Harga setiap bungkus adalah 90sen dan berhati-hati pilh lauk, takut pula kena caj lebih. Apa pun, Nasi Lemak CT Garden ni dibuka sehingga larut malam, jadi kalau lapar tu, singgah je. Terbaik!
Sumber : www.wanista.com
Terima kasih untuk info ini, sangat bermanfaat. Bagus!
BalasPadamKursus Pengendalian Makanan