Kolam Renang Kaca Pertama Di Dunia Yang Menghubungkan Dua Buah Apartment

Kompleks apartment megah di Embassy Gardens, England akan menyaksikan sebuah penciptaan dan pembinaan yang sungguh unik dan berinovasi. Sebuah kolam renang akan dibina di ketinggian 115 kaki (35 meter).
Kolam renang di puncak sebuah bangunan mungkin perkara yang biasa. Tapi yang ini amat berbeza  kerana kolam renang itu tidak berada di puncak satu bangunan sahaja malah ianya dibina seperti jambatan yang menghubungkan dua bangunan.
Embassy Gardens di Battersea, London akan menjadi kediaman mewah bagi 2000 orang penghuninya. Penthouse di sini dijual bermula dengan harga  £602,000.

Ballymore dan Eco World, merupakan syarikat yang bertangungjawab bagi membangunkan projek ini  dan kolam renang unik ini akan diberi nama ‘Sky Pool’.

Dari gambar ilustrasinya,  kolam renang itu diperbuat dari kaca “transparent” dengan sepanjang 25 meter, lebar lima meter dan dalamnya tiga meter.
‘Sky Deck’  yang akan di bina di  puncak bangunan akan memiliki spa, bar dan tempat untuk penghuni bersantai.
Sean Mulryan,  CEO Ballymore Group, menyatakan projek ini adalah sangat hebat dan unik.
“Berenang di kolam ini membuatkan anda seperti terapung di udara  Kota London,” katanya.
Projek ini akan bermula pada bulan September nanti.
Pergh, “awesome” kan?

0 Response to "Kolam Renang Kaca Pertama Di Dunia Yang Menghubungkan Dua Buah Apartment"

Catat Ulasan