Sahabat Yang Saling Melengkapi Walaupun Seorang Buta dan Seorang Lagi Kudung Kedua Belah Tangan
Tak dinafikan kebanyakan mereka yang kurang upaya pasti fikir yang mereka sudah tidak boleh capai apa yang mereka inginkan dalam hidup ini disebabkan keadaan mereka. Tetapi cerita ini adalah bukti bahawa kecacatan bukanlah satu penghalang kepada kejayaan seseorang.
Jia Haixia dan Jia Wenqi berasal dari sebuah kampung kecil di China yang menyifatkan mereka berjaya mengharungi kekurangan yang ada dalam diri mereka disebabkan persahabatan yang terbina sejak kecil lagi.
Setiap hari Haixia akan memegang jaket Wenqi semasa berjalan. Nak tahu kenapa? Sebabnya Haixi dilahirkan dengan katarak mata, namun pada tahun 2000 dia buta mata kirinya akibat kemalangan di tempat kerja.
Manakala, Wenqi pula kehilangan kedua belah tangan selepas terpegang kabel elektrik bervoltan tinggi. Walaupun ketiadaan kedua belah tangan, dia masih boleh mengangkat barang semestinya dengan pertolongan Haixia.
“Saya tangannya dan dia mata saya. Kami pasangan yang sesuai.” kata Haixia
Sumber dari crackerdaily.com
0 Response to "Erti Persahabatan..Walaupun Seorang Buta dan Seorang Lagi Kudung Kedua Belah Tangan"
Catat Ulasan