Kucing Suka Duduk Dalam Kelas Diiktiraf Sebagai Pelajar Sekolah TInggi



Amerika Syarikat: Kerana sering berlegar dan menjadikan kelas untuk pembelajaran sebagai tempat tidur seekor kucing telah diiktiraf sebagai pelajar di Sekolah Tinggi Leland, San Jose, California batu-baru ini.

Kucing comel yang diberi nama Bubba itu telah diberikan kad pelajar oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan sebagai mengiktiraf  'usaha' kucing berkenaan yang tidak mengenal erti jemu dalam mencari ilmu pengetahuan.



Pemilik kucing berkenaan, Amber Marienthal yang tinggal berdekatakan dengan sekolah tersebut dikatakan telah mengambil kucing berkenaan di pusat jagaan binatang terbiar pada tahun 2009 lalu.

Beliau tidak pernah emngurung kucing tersebut menyababkan dia sering ebrkelairan terutama di sekolah berkenaan dan selain memberi ruang kepada haiwan peliharaannya itu untuk ‘meneroka’ dunia.



Sehubungan pemberian kad pelajar itu, Amber berharap Bubba dapat ‘menamatkan’ pengajiannya pada 2017 bersama-sama rakan pelajar lain yang sering melayani kerenah dan telatah Bubba. 

Sumber- Siakapkeli.my

0 Response to "Kucing Suka Duduk Dalam Kelas Diiktiraf Sebagai Pelajar Sekolah TInggi"

Catat Ulasan