Internet dan teknologi adalah benda yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan golongan muda masa kini. Bukan sahaja orang muda, tetapi kami pasti ianya meliputi hampir semua peringkat usia. Betul tak? Diakui dengan adanya kemudahan internet dan teknologi telah membawa kemajuan dan impak positif yang cukup besar. Contoh paling dekat adalah anda dapat membaca dan mengetahui informasi terkini di web sajakongsi.com. Hahaha. Namun tidak dapat dinafikan juga internet dan teknologi mungkin mempengaruhi seseorang itu ataupun dengan kata lain “kebergantungan” terhadap teknologi. Individu yang terlalu bergantung dengan internet dan teknologi merasakan seolah kehidupan mereka tidak lengkap tanpa dua benda ini.
Sama ada anda sedar atau tidak, kerana terlalu bergantung dengan teknologi, anda dilanda ketakutan yang orang lain rasakan tidak wajar. Tapi apa benda yang hendak ditakutkan? Jom semak 7 perkara ini tentang ketakutan yang melanda golongan muda pada masa kini. Bukan sahaja golongan muda, ketakutan ini juga dialami oleh anda yang bukan remaja lagi. Hehe
1. Signal wifi lemah, atau lebih buruk lagi jika langsung tiada wifi.
Tapi jika anda melanggan perkidmatan data internet di “smartphone” anda, situasi masih lagi dalam keadaan terkawal. Betul tak?
2. Tanda roda berputar
Buffering, loading ketika anda sedang khusyuk menonton video
3. Smartphone anda kehabisan bateri.
Waktu ni lah pentingnya ada powerbank kan?
4. Apabila memory “smartphone” anda sudah penuh dan anda perlu buang sedikit data.
5. Kesalahan “auto-correct” ketika menghantar pesanan ringkas
6. Laman media sosial menunjukkan “error” atau tidak boleh dibuka.
Ertinya anda tidak boleh update status dan tidak boleh “stalk”!
7. Internet terlalu lembap
Halaman yang ingin anda akses tidak boleh dibuka dan memerlukan waktu yang lama untuk memaparkan informasi.
Betul kan? Kerana bagi golongan muda pada masa kini kalau tidak ada teknologi seperti smartphone dan internet, ibaratnya seperti mereka tiada “kehidupan sosial”. Artikel ini hanya gurauan sahaja dan kami percaya semua orang takutkan Tuhan.
0 Response to "7 Perkara Yang Paling Ditakuti Oleh Golongan Muda Pada Masa Kini"
Catat Ulasan