Beruang Buas Ini Pamer Aksi Menunggang Scrambler Ducati

Sebuah video viral mengundang perdebatan di dunia maya dan mendapat perhatian Netizen. Dalam video itu, seekor beruang besar sedang menunggang sebuah motosikal dipercayai Scrambler Ducati di lebuh raya yang sesak.
Ada yang menganggap beruang dalam video ini adalah haiwan sebenar kerana mengingatkan mereka kepada acara sirkus yang mempamerkan aksi beruang menunggang basikal. Tetapi ada juga pengguna laman sosial yang menyatakan beruang di dalam video itu adalah hanya sekadar kostum sahaja. Kami percaya mestilah beruang dalam video ni kostum je kan,  takkanlah betul-betul pula.
Aksi beruang menunggang motosikal ini dimuat naik ke YouTube dan terus menjadi bahan perdebatan. Video ini telah ditonton sebanyak lebih dari tiga juta pengguna dan terdapat pelbagai komen lucu yang sangat menghiburkan.
Memetik laporan Visordown, tidak diketahui motif di sebalik pembikinan video yang melibatkan haiwan buas tersebut tetapi ada kemungkinan video tersebut sengaja dibuat sebagai iklan untuk mempromosikan produk scrambler keluaran Ducati.
Seorang jurucakap bagi pihak Ducati United Kingdom (UK) menafikan perkara ini dan mengatakan video tersebut bukannya dari pihak mereka.
“Ini bukan iklan dari Ducati. Ketika ini, kami masih lagi menjalankan siasatan  dan kami tidak tolak kemungkinan bahawa video ini mungkin dihasilkan oleh wakil penjual kami di Rusia,” kenyataan rasmi dari pihak Ducati.
Walaupun tidak diketahui motif pembuatan video tersebut, tapi yang pastinya video ini dihasilkan di negara Rusia. Berikut merupakan video aksi beruang menunggang motosikal yang menjadi bahan bualan Netizen.

1 Response to "Beruang Buas Ini Pamer Aksi Menunggang Scrambler Ducati"

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - JSM Hub
    Borgata Hotel 개집 왕 Casino & 원주 출장마사지 Spa in Atlantic City is 안양 출장안마 an upscale resort destination 정읍 출장안마 and the world-renowned Borgata is one 여수 출장안마 of the most

    BalasPadam