Jam Loceng Pertama di Dunia Yang Mengeluarkan Haruman Duit!


Oleh Zarul Zulkifli. Sumber dari So Bad So Good.
Apa perkara yang paling susah untuk anda mulakan hari anda? Kami yakin bangun pagi adalah perkara yang paling sukar. Walaupun banyak jam loceng ataupun smartphone terpacak di telinga, tapi setiap pagi mesti ada perasaan nak hempuk atau baling jam loceng/smartphone anda sebab bunyi dia yang annoying tu. Betul tak?
Jadi, seorang usahawan dari Perancis  bernama Guillaume Rolland amat peka dengan masalah ini lalu tampil mencipta satu jam loceng yang mengeluarkan bau wangian untuk memudahkan seseorang itu bangun dari tidurnya. Jam loceng yang dikenali sebagai SensorWake ini mengeluarkan haruman wangian seperti duit, bunga ros, kopi, peach, coklat, strawberi dan macam-macam lagi. Haruman yang keluar dari jam loceng ini akan kekal selama 10 minit dan memberi anda kesegaran untuk bangun pagi dan memulakan aktiviti harian. Kalau anda yang masih bujang tu susah sangat nak bangun pagi ataupun tak boleh tahan dengar bunyi alarm yang annoying tu, kami cadangkan anda untuk dapatkan jam loceng SensorWake ini.
Kalau dah keluar bau duit, takkan susah lagi kan nak bangun pagi. Dengan jam loceng ini, anda semua mesti tak sabar nak bangun pagi pergi kerja! Wake up and smell the money, honey.

0 Response to "Jam Loceng Pertama di Dunia Yang Mengeluarkan Haruman Duit!"

Catat Ulasan