Kelakuan Warga Singapura Terhadap Pekerja Asing Ini Sangat Tidak Diduga Hingga Mendapat Pujian Pengguna Laman Sosial

Kisah ini merupakan perkongsian dari seorang pengguna facebook dengan nama akaun Melody Zaccheus yang memuatnaik status tentang seorang warga emas Singapura ini yang membantu sekumpulan warga asing yang tidak dikenali ketika berada di dalam pengangkutan awam.
Pengguna Facebook ini berada di dalam keretapi dan ketika itu merupakan waktu puncak di mana kebanyakan orang ramai pulang dari tempat kerja. Dia terserempak dengan seorang warga emas dan sekumpulan warga asing yang merupakan pekerja pembinaan sedang menawarkan tempat duduk mereka kepada orang ramai yang berada di dalam keretapi itu.
Kemudiannya, warga emas yang bernama Mr Rimy Lau, 68 tahun ini melakukan sesuatu yang tidak diduga serta perbuatannya mendapat pujian dari pengguna laman sosial.
Mr Lau mengarahkan tiga orang pekerja pembinaan itu untuk duduk di tempat mereka sendiri dan tidak perlu memberikan tempat duduk mereka kepada orang ramai.
“Awak semua boleh duduk. Tidak perlu beri tempat duduk awak terutamanya kepada golongan lelaki dalam keretapi ini. Kami tahu awak bersusah payah membina rumah kami, jadi awak juga ada hak untuk duduk dalam keretapi ini” kata Mr Lau kepada salah seorang dari pekerja pembinaan itu yang fasih berbahasa Inggeris.
Selepas itu pekerja tersebut seolah tergamam dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mr. Lau dan terpacar kegembiraan di wajah pekerja itu kerana masih ada lagi orang yang sanggup menghargai pertolongannya walaupun dia bukan rakyat Singapura.
Pekerja asing yang bernama Saravanan Samidurai, 28 itu mengambil gambar bersama Mr. Lau dan berbual sesama mereka. Mr Lau juga tunjuk memberi tunjuk ajar kepada pekerja asing ini tentang penggunaan pengangkutan awam di Singapura. Pekerja asing ini baru sahaja 3 hari sampai di Singapura dan mereka masih tidak mahir lagi dalam menggunakan pengangkutan awam di sini.
Mr Lau yang bekerja dalam sektor perhotelan menyatakan perbuatannya ini adalah sebagai tanda menghargai dan mengalukan kedatangan mereka yang bersusah payah mencari rezeki di Singapura dan secara tidak langsung pekerja ini akan merasakan  diri mereka diambil berat serta dihormati.
Posting yang dimuatnaik ini menjadi viral dan mendapat hampir 13000 perkongsian oleh pengguna Facebook.

Screen Shot 2015-08-25 at 11.48.18 AM

0 Response to "Kelakuan Warga Singapura Terhadap Pekerja Asing Ini Sangat Tidak Diduga Hingga Mendapat Pujian Pengguna Laman Sosial"

Catat Ulasan